House of Amar adalah sebuah brand tempatan yang terletak di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam dan fokus utama adalah menjual minyak wangi dari pelbagai brand ternama di seluruh dunia termasuk brand kami sendiri iaitu House of Amar. Setiap kisah mempunyai titik mulanya. Kisah kami bermula pada Julai 2021 dengan nama asal adalah by FaaAiin di mana kami fokus menjual pelbagai minyak wangi dari benua Eropah, Amerika dan Timur Tengah merangkumi lebih 5+ negara.
Dalam fasa ini, kami bukan sahaja menjual minyak wangi, bahkan kami turut menjual pakaian dan aksesori Muslim dan Muslimah yang bersesuaian dengan pelanggan kami. Idea menjual minyak wangi ini bermula apabila kami melihat orang di sekeliling kami tidak mampu untuk membeli minyak wangi original yang harganya mampu menjangkau RM1,700 - RM3,800 untuk sebotol minyak wangi bersaiz 30ml atau 90ml sahaja.
Dengan izin Allah swt, kami mendapat peluang dan ruang untuk menjual minyak wangi dupe dengan nisbah 80% - 90% kesamaan dengan minyak wangi original di pasaran. Apa yang lebih mengejutkan adalah, permintaan terhadap minyak wangi dupe ini sangat besar khususnya di kalangan rakyat Malaysia B40 dan M40. Minat yang mendalam terhadap wangian menyebabkan kami mula serius dalam perniagaan sehingga akhirnya kami mencapai satu tahap di mana kami perlu membina jenama baru yang akhirnya dikenali sebagai House of Al-Amar.
Tepat pada tarikh 1 Januari 2023, kami membuka premis fizikal pertama yang terletak di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam. Ekoran permintaan yang tinggi untuk pelbagai jenis minyak wangi, kami mengambil keputusan untuk mula mengupah pekerja secara tetap untuk menguruskan bahagian operasi, stok dan lain-lain.
Kami tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mempunyai lebih 10+ orang pekerja yang terdiri daripada anak muda yang bersemangat dan tinggal di sekitar Shah Alam. Prinsip kami adalah, pekerja merupakan aset terbesar syarikat dan kami melaburkan masa, wang dan tenaga untuk menjadikan mereka insan dan pekerja yang lebih baik bukan sekadar bekerja untuk hidup.
Selain dari itu, kami telah melalui beberapa fasa membina branding dan yang paling signifikan adalah pada tahun 2021, 2022 dan 2024. Tujuan utama bina branding adalah sebagai langkah pemula untuk mengeluarkan produk minyak wangi kami sendiri dan sebagai satu strategi membezakan kami dengan pengedar dan penjual minyak wangi di pasaran.
Permintaan dan penawaran dalam pasaran minyak wangi tempatan dan antarabangsa boleh dikatakan sangat mencabar dan mampu menjatuhkan mana-mana brand bergantung kepada situasi dan keadaan. House of Amar mengalami beberapa tragedi jatuh bangun yang sebenarnya menyebabkan kami lebih kuat dan lebih fokus dalam memberikan solusi kepada rakyat Malaysia.
Dalam tempoh ini, kami turut berjaya membuat jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak, agensi dan KOL untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti output yang dihasilkan oleh seluruh tim House of Amar.
Apa yang mengejutkan adalah, kami bukan sahaja mendapat pelanggan dari Malaysia, bahkan kami turut mendapat pelanggan dari benua Eropah dan Amerika Syarikat yang membeli minyak wangi kami secara online di website House of Amar. Dalam masa yang sama, kami turut berkecimpung secara aktif dalam acara fizikal yang melibatkan minyak wangi bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara.
Seiring dengan waktu dan masa yang mematangkan kami, kami akhirnya mencapai satu fasa di mana, ini adalah masanya untuk kami melancarkan produk sendiri. Dalam menjayakan misi ini, kami telah terlibat secara langsung dalam setiap proses bermula kajian, reka bentuk dan maklum balas pelanggan.
Untuk rekod, lebih dari 20+ produk House of Amar telah kami lancarkan secara berkala bersesuaian dengan selera dan kemahuan pelanggan kami khususnya di Malaysia. Setakat tulisan ini ditulis, brand House of Amar telah menjadi salah satu brand minyak wangi tempatan yang dominan dan merupakan salah satu brand utama dalam spektrum minyak wangi di Malaysia.