Cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun sebenarnya mendatangkan cabaran besar untuk mengekalkan kualiti, bau dan aroma asli perfume. Tidak sedikit pengguna perfume yang merana dek perfume mahal mereka hilang bau, nota asas dan tekstur. Disebabkan itulah, kami kongsikan tips simpan perfume dalam iklim tropika ini.
Dengan lebih daripada 5 tahun pengalaman menjual pelbagai jenis perfume antarabangsa dan perfume kami (by House of Amar), kami telah mengenal pasti tiga sebab utama mengapa perfume anda mungkin rosak dalam iklim tropika.
Pastikan anda baca artikel ini sepenuhnya untuk melindungi perfume yang telah anda beli dan akhirnya mengekalkan daya ketahanan, tekstur, nota asas dan bau perfume anda.
“Minyak wangi adalah satu pelaburan dalam membentuk personaliti dan identiti diri.” — Jean-Claude Ellena
Kenapa Perfume Anda Rosak?
1. Kena Cahaya Matahari
Pendedahan langsung kepada cahaya matahari boleh menyebabkan molekul minyak wangi terurai, mengubah aroma asalnya.
2. Terdedah Pada Suhu Lembap
Kelembapan tinggi boleh mencetuskan tindak balas kimia yang menjejaskan ketahanan perfume.
3. Diletakkan Sebelah Tempat Panas
Meletakkan perfume berhampiran alat pemanas atau barangan elektronik seperti ketuhar gelombang mikro boleh mempercepatkan kerosakan minyak wangi.
Tips Simpan Perfume Dalam Iklim Tropika
1. Simpan Dalam Suhu Bilik
Pastikan perfume disimpan dalam suhu bilik yang stabil, jauh daripada cahaya matahari langsung dan peralatan panas.
2. Elak Terlalu Lama Bawah Matahari
Jika anda perlu membawa perfume semasa keluar rumah, gunakan botol kecil (travel size) dan simpan dalam beg yang dilapisi bahan penebat haba.
Kesan Perfume Kena Panas
1. Kurang Ketahanan
Perfume yang terdedah kepada haba akan kehilangan keupayaan untuk bertahan lama di kulit anda.
2. Hilang Nota Bau
Nota atas dan tengah perfume boleh lenyap atau berubah menjadi bau yang tidak menyenangkan.
3. Tekstur Minyak Berubah
Perfume berkualiti tinggi biasanya mempunyai tekstur minyak yang halus, tetapi pendedahan kepada haba boleh menjadikannya likat atau berbau tengik.
3 Jenis Perfume Terbaik Untuk Iklim Tropika
1. Sauvage by Dior
Bau segar dan maskulin yang sesuai untuk cuaca tropika disukai golongan lelaki & wanita.
2. Dylan Blue by Versace
Nota sitrus ceria dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama untuk bau lebih fresh.
3. No 5 by Chanel
Aroma klasik yang tahan lama dan elegan pilihan utama wanita bekerjaya di musim panas.
3 Jenis Perfume Dupe Untuk Iklim Tropika
1. Ventana by ARMAF
Ventana by ARMAF merupakan minyak wangi dengan dupe paling hampir dengan Sauvage Dior yaqni sekitar 80%. Ventana adalah alternatif kepada Sauvage kerana baunya yang maskulin dan harganya yang mampu milik. BELI DI SINI
2. Royale Blue by Fragrance World
Royale Blue by Fragrance World adalah minyak wangi dengan dupe paling hampir kepada Dylan Blue by Versace pada nisbah 85% dan menjadi pilihan utama pengguna yang inginkan bau fresh sepanjang hari. BELI DI SINI
3. Club De Nuit Women by ARMAF
Yang terakhir adalah Club De Nuit Women by ARMAF yang sekian lama telah menjadi pilihan utama pecinta minyak wangi dupe di seluruh dunia. Minyak wangi ini adalah alternatif kepada No 5 by Chanel kerana kualitinya setanding sekitar 90%. BELI DI SINI
Dengan mengikuti semua langkah dan tips simpan perfume dalam iklim tropika yang telah kami kongsikan di atas, anda boleh memastikan perfume anda kekal harum dan tahan lebih lama walaupun dalam cuaca Malaysia yang mencabar.
Jika anda ingin mencuba alternatif lebih mesra bajet tanpa rasa risau sekiranya perfume rosak, kami sarankan untuk mendapatkan dupe seperti Ventana by ARMAF, Royale Blue by Fragrance World, dan Club De Nuit Women.
Anda bukan sahaja dapat diskaun sehingga RM40, bahkan anda akan dapat free gift Surprise Candy dengan setiap pembelian! Klik gambar di bawah sekarang!