5 Perfume Murah Untuk Wanita Yang Tahan Lama (Bawah RM150)

5 Perfume Murah Untuk Wanita Yang Tahan Lama (Bawah RM150)

Memilih perfume murah untuk wanita yang berkualiti dan tahan lama sebenarnya bukan kerja yang mudah kerana ada terlalu banyak pilihan perfume wanita di pasaran!

Risau jika tersalah beli perfume wanita yang salah, anda akan kerugian wang. Untuk membeli perfume murah yang tepat pun bukanlah semudah disangka. 

Di House of Amar, kami telah menjalankan kaji selidik sejak tahun 2021 terhadap lebih 200+ jenis perfume wanita terbaik yang berpatutan untuk membantu pembeli membeli perfume wanita yang baik pada harga sangat mampu milik.

perfume murah untuk wanita (6)

Disebabkan itulah, kami telah memilih 5 perfume murah untuk wanita terbaik bawah RM150 yang menawarkan keharuman tahan lama sehingga 8 jam serta mempunyai tiga jenis lapisan nota yang unik.

“A woman who doesn’t wear perfume has no future.” - Coco Chanel

Jom baca senarai perfume untuk wanita ini dan pilih perfume yang paling sesuai dengan karakter anda dan buat pembelian di link yang disediakan.


1. Have Fun by LA RIVE

perfume murah untuk wanita (1)

Have Fun adalah jenis EDP (Eau de Parfum) bersaiz 90ml dan merupakan sebuah minyak wangi wanita dari LA RIVE, sebuah jenama minyak wangi dari Poland yang wujud pada tahun 2023.

Seperti namanya, minyak wangi wanita ini sesuai untuk wanita yang ceria, happy-go-lucky dan sukakan aroma sitrus (lemon/oren) yang manis, vanila dan berbau segar sepanjang masa. 

Minyak wangi ini mampu bertahan sehingga 6 jam sesuai digunakan untuk majlis formal, pejabat dan ke kuliah. 

Harganya adalah RM119 sahaja | BELI DI SINI


2. Her Choice by LA RIVE

perfume murah untuk wanita (3)

Her Choice adalah minyak wangi wanita jenis EDP (Eau de Parfum) bersaiz 100ml yang menjadi pilihan utama golongan muda yang elegan dan berkerjaya. 

Minyak wangi ini mampu bertahan di antara 5 jam - 6 jam dan mempunyai nota bau epal, anggur, mawar dan amber. 

Sesuai digunakan pada majlis formal, ulangtahun dan majlis kekeluargaan. 

Harganya adalah RM119 sahaja | BELI DI SINI 


3. Rihanna by Ard Al Zaafaran

perfume murah untuk wanita (2)

Rihanna by Ard Al Zaafaran adalah salah satu dari jenama minyak wanita yang datang dari UAE dan wujud sejak tahun 2004. 

Minyak wangi wanita ini adalah jenis EDP (Eau de Parfum) dengan saiz 100ml yang mampu bertahan sehingga 7 jam

Sejak dulu, Rihanna telah menjadi pilihan wanita yang gemarkan wanigan eksotik untuk menarik perhatian orang di sekitar. 

Antara bau asasnya adalah kasturi, vanila, buah-buahan eksotik dan bunga mawar. 

Harganya adalah RM109 sahaja | BELI DI SINI


4. Precious Pink by Maison Alhambra

perfume murah untuk wanita (4)

Precious Pink by Maison Alhambra adalah sebuah anak syarikat dari jenama terkenal Lattafa yang ditubuhkan pada tahun 2021 jenis EDP dan botol bersaiz 100ml.

Maison Alhambra terkenal sebagai jenama minyak wangi yang menawarkan minyak wangi oriental dengan gabungan wangian Arab dan Eropah menjadikannya pilihan utama yang mesra poket. 

Nota asas pada bau minyak wangi ini adalah kasturi, cendana, bunga melati, citrus dan buah pear yang mampu bertahan sehingga 6 jam

Sesuai dengan namanya, minyak wangi ini direka untuk wanita feminin yang sukakan bau floral yang lembut dan tidak terlalu menusuk baunya. 

Harganya adalah RM129 sahaja | BELI DI SINI


5. Koko & Nat by House of Amar

perfume murah untuk wanita (5)

Koko & Nat adalah minyak wangi dari House of Amar yang direka khas untuk wanita yang menggemari keharuman tropika yang santai dan tidak terlalu manis. 

Dengan saiz botol 50ml, minyak wangi ini bukan jenis EDP seperti minyak wangi di atas. Sebaliknya, jenis Extrait de Parfum di mana kadar konsentrasi minyak wangi lebih pekat dan tebal berbanding Eau de Parfum. 

Ini bermakna, anda hanya perlu sembur sedikit sahaja pada tubuh badan untuk mendapatkan haruman yang bertahan 8 jam!

Antara nota asas pada minyak wangi ini adalah vanila, amber, kelapa, limau, bunga Frangipani dan bunga Melati. 

Harganya adalah RM129 sahaja | BELI DI SINI 

“Perfume is the unseen, unforgettable, ultimate accessory.” - Giorgio Armani

Nota : Harga minyak wangi di atas boleh berubah dari semasa ke semasa. Sila lihat harga sebenar di sini.

Semua perfume murah untuk wanita yang kami senaraikan di atas menawarkan gabungan keharuman berkualiti tinggi, ketahanan aroma yang lama, serta harga yang mampu milik. Dengan harga bawah RM150, anda boleh mendapatkan wangian yang setanding dengan jenama mewah.

Dapatkan sekarang dan nikmati diskaun RM40 serta hadiah percuma (Suprise Candy) dengan setiap pembelian. Klik imej di bawah dan jadikan keharuman ini milik anda hari ini!

beli minyak wangi house of amar