Review : Immaculate Maturity by House of Amar (Bisikan Syurga)

Review : Immaculate Maturity by House of Amar (Bisikan Syurga)

Dalam kehidupan seorang lelaki, kita perlu bersetuju yang kejayaan bukan sekadar harta, tetapi bagaimana dia menguasai dunia di sekelilingnya. Punca kekuasaan seorang lelaki bermula dan datang daripada keyakinan, strategi, dan aura yang dibina selama bertahun-tahun. Manakala keagungan, adalah legasi yang ditinggalkan. Semua ini terbentuk melalui nilai pada diri, penampilan, dan sudah tentu – wangian yang anda dipilih.

house of amar (2)

Seorang lelaki yang berjaya, lazimnya kurang bercakap, tetapi kehadirannya dirasai. Dan wangian yang betul adalah senjata rahsia yang membentuk aura dominasi yang elegan. Immaculate Maturity by House of Amar adalah lambang wangian untuk mereka yang ingin menonjol sebagai pemimpin, mempunyai daya tarikan yang kuat, dan dihormati di mana sahaja mereka berada.

“Extrait de Parfum adalah seni, bukan sekadar bau. Ia dicipta untuk menceritakan kisah kejayaan pemakainya.” - Roja Dove

Keunikan Immaculate Maturity by House of Amar

Inspirasi dan Ramuan Eksklusif

Dihasilkan sebagai Extrait de Parfum yang bertahan lama, wangian ini mengandungi 12 nota bau yang tersusun dengan harmoni. Dari semburan pertama, ia menampilkan kesegaran lemon dan nanas yang membangkitkan aura keyakinan pada orang yang memakainya. 

Perlahan-lahan, ia berkembang mengeluarkan aroma lapisan bunga ros dan melati yang memperlihatkan kemewahan tersembunyi. Akhirnya, wangian ini berakhir dengan sentuhan maskulin musk, patchouli, dan vanilla yang menggambarkan kekuatan serta kestabilan seorang lelaki berkarisma.

Ketahanan dan Projeksi Wangian

Immaculate Maturity by House of Amar adalah minyak wangi yang mampu bertahan 6 hingga 8 jam dalam satu semburan.

Perkara ini turut diakui lebih 100+ pembeli minyak wangi ini samada secara walk-in di butik kami, online dan festival yang kami sertai. 

Projeksi dalam 5-6 jam pertama boleh dikatakan keras dan kuat, memberikan kesan yang eksklusif dan dominan. Selepas itu, ia berubah menjadi lebih lembut tetapi tetap berkesan dalam jarak sosial diantara 3 meter. 

Perbandingan Wangian Ikonik: Aventus by Creed

Apa yang menarik adalah, 9 daripada 10 individu yang mencuba Immaculate Maturity by House of Amar menyatakan bahawa ia mempunyai 90% persamaan dengan Aventus by Creed, wangian yang menjadi fenomena di dunia sejak tahun 2010.

house of amar (3)

Aventus by Creed terkenal dalam dunia wangian sebagai simbol keunggulan lelaki alfa, dengan harga sekitar RM2,100 untuk 100ML. Popularitinya di Malaysia dan dunia tidak dapat disangkal, dan kini House of Amar membawa keunggulan ini dalam versi Extrait de Parfum yang lebih tahan lama pada harga yang lebih mampu dimiliki (bawah RM200).


PerbezaanAventus by CreedImmaculate Immature by HOA
Kepekatan15% - 20% 20% - 40%
HargaRM2,100 (100ML)RM179 (100ML)
JenisEau de Parfum (EDP)Extrait de Parfum
Ketahanan4 Jam - 6 Jam8 Jam - 12 Jam
Semburan4-5 semburan2-3 semburan


Extrait de Parfum vs Eau de Parfum : Apa Beza?

jenis wangian

Extrait de Parfum

✔ Tahan lebih lama (8-12 jam).

✔ Minyak wangi dengan kepekatan tertinggi (20-40%).

✔ Tidak perlu semburan banyak untuk kekal sepanjang hari.

Eau de Parfum

✔ Bertahan 4-6 jam sahaja.

✔ Kepekatan sederhana (15-20%).

✔ Memerlukan semburan lebih banyak untuk kesan maksimum

Dalam pasaran hari ini, majoriti minyak wangi bersaiz 100ML adalah Eau de Parfum atau Eau de Toilette, yang memerlukan lebih banyak semburan untuk hasil yang sama seperti Extrait de Parfum.

“Minyak wangi adalah jejak halus yang menceritakan kisah peribadi kita.” - Jean-Claude Ellena

Kegunaan Immaculate Maturity by House of Amar

  • Mesyuarat penting: Memberikan keyakinan dan dominasi
  • Majlis eksklusif: Memancarkan aura kejayaan
  • Harian: Meningkatkan penampilan tanpa perlu berkata-kata

Kelebihan Immaculate Maturity by House of Amar

Kepekatan Extrait de Parfum dalam wangian ini memastikan ketahanan yang lebih lama, memberikan pengalaman yang eksklusif sepanjang hari. Dengan aroma yang hampir setanding Aventus by Creed tetapi pada harga yang lebih mampu milik, wangian ini menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan kualiti tanpa perlu berbelanja besar.

Projeksi sejauh tiga meter memastikan aura anda dirasai oleh orang sekeliling, manakala penggunaan bahan premium menjamin ketahanan maksimum dalam setiap semburan.

SPL / Projection / Longevity

  • SPL Level: 8/10
  • Projection Rate: 9/10
  • Longevity: 8-12 jam

Note

Top Notes: Lemon, Pineapple, Bergamot, Black Currant, Apple
Middle Notes: Birch, Jasmine, Rose
Base Notes: Musk, Ambergris, Patchouli, Vanilla

Cara Pakai Minyak Wangi Ini

Untuk mendapatkan kesan optimum, semburkan minyak wangi di leher untuk aroma yang lebih menyerlah, di belakang telinga sebagai lokasi strategik bagi memastikan wangian kekal lebih lama, serta di dalam siku untuk membantu minyak wangi berkembang dengan suhu badan.

Tips Tambahan : Sembur di belakang lutut & pergelangan kaki bagi memastikan wangian bertahan lebih lama dan tersebar dengan sempurna sepanjang hari.

House of Amar: Pengeluar Dupe Terbaik Malaysia

  • Brand lokal perfume paling popular di Malaysia. 
  • Menjual lebih 2 juta botol minyak wangi sejak 2021.
  • Tersenarai dalam FRAGASIA sebagai jenama wangian Malaysia.
  • Mengeluarkan lebih 20+ Extrait de Parfum untuk lelaki & wanita.
  • Salah satu lokal perfume brand di Fragrance Festival Malaysia 2025.

HOA

Apa yang ramai peminat minyak wangi tidak tahu adalah, kami merupakan pengeluar minyak wangi tempatan yang mempunyai kilang pemprosesan minyak wangi sendiri di Selangor dan berpengalaman menjual 800+ jenis minyak wangi dari Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Asia. 

minyak wangi house of amar

Dengan pengalaman yang kami ada, kami faham keperluan dan kehendak rakyat Malaysia yang mencari minyak wangi yang sesuai dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia. Hal ini kerana, tidak semua minyak wangi yang popular dari Eropah dan USA sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Tak percaya? Datang sendiri ke butik House of Amar dan cuba semburkan minyak wangi ini dan nilai sendiri apa yang kami tulis dalam artikel ini. 

Kajian oleh Fragrantica menunjukkan bahawa harga minyak wangi telah meningkat 5%-15% dalam beberapa tahun terakhir ini. House of Amar hadir untuk memberikan alternatif berkualiti tinggi pada harga yang lebih berpatutan.

Sejak 2023, House of Amar telah mengeluarkan lebih 20 wangian khas untuk iklim Malaysia, memastikan wangian ini sesuai dengan suhu panas dan lembap di negara kita.

Lihat koleksi House of Amar di sini: House of Amar Exclusive Collection.

Kesimpulan

Immaculate Maturity by House of Amar adalah Extrait de Parfum 100ML yang mampu bertahan sehingga 10 jam, dengan 12 nota wangian yang memberikan kesan maskulin, mewah, dan berkarisma. Pada harga hanya RM179, ia adalah pilihan terbaik untuk lelaki yang ingin menonjol sebagai ikon kejayaan dan kuasa.

Dapatkan sekarang dan nikmati diskaun RM30 serta hadiah PERCUMA (Suprise Candy) eksklusif dari House of Amar!

beli minyak wangi


Related products