Review : Galuh Ajeng by House of Amar (Semanis Bubble Gum)

Review : Galuh Ajeng by House of Amar (Semanis Bubble Gum)

Pernahkah anda terfikir wujudkah bau perfume yang manis dan berbau buah-buahan seperti bau bubble gum?

Jawapannya adalah ya. Galuh Ajeng oleh House of Amar adalah perfume dengan kombinasi bau manis, buah-buahan yang akhirnya menghasilkan bau bubble gum!

Untuk info, Galuh Ajeng boleh menjadi pilihan terbaik jika anda sedang mencari bau manis seperti gula-gula, buah-buahan, oren, dan mawar.

Galuh Ajeng bukanlah wangian biasa—ia adalah Extrait de Parfum, bukan Eau de Parfum. Apa bezanya? Mari kita kupas dengan lebih mendalam.

Apa Itu Extrait de Parfum dan Kenapa Hanya 50ml?

jenis wangian

Sebelum masuk ke dalam kegunaan dan kelebihan Galuh Ajeng, penting untuk kita memahami terlebih dahulu perbezaan antara Extrait de Parfum dan Eau de Parfum (EDP).

Extrait de Parfum mengandungi lebih banyak minyak wangi (pati) dan lebih sedikit alkohol berbanding Eau de Parfum, menjadikannya lebih pekat dan tahan lama.

Galuh Ajeng hadir dalam kapasiti 50ml, dan walaupun kelihatan kecil, saiz ini amat mencukupi untuk digunakan sepanjang 6 bulan hingga 1 tahun.

Betul ke cukup? Ya. Hal ini kerana, Extrait de Parfum lebih kuat dan tahan lama berbanding EDP yang biasa didapati dalam saiz 105ml. Anda hanya memerlukan sedikit sahaja untuk memberi kesan yang menakjubkan, menjadikan 50ml berbaloi untuk jangka masa yang panjang.

| “Ladies, a man will never remember your handbag, but he will remember your perfume.”Olivier Creed.

Kegunaan Galuh Ajeng by House of Amar

Galuh Ajeng adalah minyak wangi serbaguna yang sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa—sama ada di pejabat, semasa bersosial, atau ketika menikmati masa santai di rumah.

Wangian manis dan buah-buahan yang seimbang ini membuatkannya sesuai dipakai sepanjang hari.

Walaupun begitu, ia lebih disarankan untuk digunakan di dalam ruang tertutup kerana notes yang lembut dan elegan ini lebih mudah dihargai orang sekeliling anda, tanpa gangguan persekitaran luar.

Kelebihan Galuh Ajeng by House of Amar

Kelebihan utama Galuh Ajeng terletak pada ketahanannya yang luar biasa dan keseimbangan notes yang segar serta manis.

Sebagai Extrait de Parfum, ia memberi kesan yang lebih lama berbanding kebanyakan wangian di pasaran. Dengan kepekatan minyak wangi yang tinggi, Galuh Ajeng mampu bertahan hampir 24 jam, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk kegunaan harian.

SPL Level

SPL Galuh Ajeng dikategorikan sebagai average, sesuai untuk mereka yang mencari wangian yang tidak terlalu kuat namun tetap memikat. Tidak terlalu menyengat, tetapi cukup untuk menarik perhatian setiap orang di sekeliling anda.

Notes

galuh ajeng house of amar (1)

Top Notes:

  • Candied Fruit: Gabungan buah-buahan manis yang memikat hati. Anda akan dibawa dalam perjalanan rasa manis seperti gula-gula yang menyegarkan.
  • Lemon dan Bitter Orange: Memberikan kesegaran pada pembukaan, dengan sentuhan citrus yang menggugah.

Middle Notes:

  • Bubblegum: Haruman bubblegum yang khas—seakan membawa nostalgia kepada kenangan masa kecil.
  • Blueberry dan Bulgarian Rose: Campuran buah blueberry yang segar dengan kelembutan mawar Bulgaria, memberi rasa feminin dan lembut.
  • Peach: Sentuhan buah pic yang memberikan rasa manis dan sedikit masam yang menyegarkan.

Base Notes:

  • Musk dan Ambroxan: Kedua-dua bahan ini memberikan kekuatan dan ketahanan pada wangian, menjadikannya lebih tahan lama.
  • Cedar dan Vanilla Labdanum: Kayu cedar yang kuat dan vanila yang manis menciptakan asas yang hangat dan elegan.

Ketahanan Galuh Ajeng by House of Amar

Sebagai Extrait de Parfum, ketahanan Galuh Ajeng sangat mengagumkan. Anda hanya perlu menyembur sedikit di titik-titik tubuh tertentu, dan haruman ini akan bertahan sepanjang hari—mungkin lebih!

Jika dipakai pada waktu pagi, ia masih terasa segar pada waktu petang. Sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap, wangian ini tetap bertahan dengan baik tanpa mudah hilang.

Inspirasi Galuh Ajeng by House of Amar

Galuh Ajeng diilhamkan oleh keanggunan dan keindahan warisan Jawa. Wangian ini merangkumi elemen-elemen tradisional dan moden, seolah-olah membawa anda kepada kehidupan bangsawan Jawa yang elegan.

Dengan sentuhan bubblegum yang ceria, ia memberikan rasa moden yang sesuai dengan gaya hidup kontemporari. Galuh Ajeng bukan sekadar wangian; ia adalah ekspresi diri yang mencerminkan keanggunan dan kesegaran.

Galuh Ajeng & Toy 2 Bubble Gum by Moschino

galuh ajeng house of amar (2)

Galuh Ajeng juga boleh dikatakan sebagai dupe kepada Toy 2 Bubble Gum by Moschino dengan kira-kira 90% kesamaan. Kedua-dua wangian ini mempunyai kombinasi notes yang hampir serupa—terutama sekali dari segi accord manis dan buah-buahan yang mendominasi.

Kenapa orang beli Toy 2 Bubble Gum? Wangian ini terkenal kerana ia memancarkan rasa ceria, muda, dan segar, sesuai untuk mereka yang suka bau yang lembut tetapi tidak terlalu berat.

Apa yang menarik? Anda boleh jimat hampir 80% dengan memilih Galuh Ajeng, tetapi masih mendapat hampir bau yang sama. Sebuah pilihan bijak jika anda ingin memiliki wangian manis, tetapi dengan harga yang lebih berpatutan!

“Perfume is a form of writing, an ink, a choice made in the first person, the dot on the I, a weapon, a courteous gesture, part of the instant, a consequence”Serge Lutens.

Galuh Ajeng by House of Amar adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari wangian manis, segar, dan tahan lama dengan harga yang sangat berpatutan. Hanya dengan RM169, anda boleh mendapatkan 50ml Extrait de Parfum yang menawarkan 8 notes berbeza, dengan ketahanan hampir 24 jam.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan wangian ini sekarang juga! Tempah secara online dan nikmati RM30 diskaun serta FREE GIFT (Suprise Candy) eksklusif dari House of Amar. Jom dapatkan sekarang!

perfume house of amar