Seorang lelaki tidak hanya diukur melalui pencapaian mereka tetapi juga melalui aura dan kehadiran yang mereka bawa. Wangian memainkan peranan besar dalam membentuk first impression yang kekal. Itulah sebabnya Figure 09 by House of Amar hadir sebagai simbol keberanian, karisma, dan gaya moden lelaki Malaysia.
Jika anda seorang yang bercita-cita tinggi, penuh daya tarikan, dan mahu meninggalkan jejak yang berpanjangan, Figure 09 adalah pilihan minyak wangi yang patut anda pertimbangkan.
| "People remember you by how you make them feel. So give them the pleasure of your aromatic perfumes."
Kenapa Figure 09 Berbeza?
Minyak wangi bukan sekadar bau yang menyegarkan. Ia adalah refleksi personaliti, mood, dan aura seseorang. Figure 09 dicipta dengan falsafah ini – ia direka khas untuk lelaki yang tidak takut menonjol dan meninggalkan kesan. Apa yang menjadikannya unik?
Sebagai pemula, formula Extrait de Parfum pada minyak wangi ini menjamin kadar kepekatan minyak wangi yang lebih tinggi berbanding Eau de Parfum atau Eau de Toilette, menjadikan ia tahan lama sehingga 6-8 jam per semburan.
Selain itu, dengan 11 nota bau yang banyak & seimbang dengan campuran nota buah-buahan segar, elemen herba yang menenangkan, serta aroma kayu yang maskulin dihasilkan dari House of Amar adalah perfume yang sesuai dengan iklim dan cuaca di Malaysia khusus untuk lelaki yang aktif dalam bekerja dan kehidupan seharian.
Apa yang lebih menarik adalah Figure 09 by House of Amar adalah pilihan paling tepat untuk semua acara samada untuk kerja, majlis formal, temu janji mahupun sekadar aktiviti harian seperti melepak dan bersantai.
Kupasan Nota Wangian Figure 09
Nota Utama (Top Notes)
- Epal – Aroma buah yang segar, sedikit manis dan energik.
- Aldehid – Sentuhan moden yang menjadikan wangian lebih bersih dan segar.
- Limau Gedang – Elemen citrus yang memberikan semangat dan kesegaran.
- Halia – Menambah sedikit kehangatan dan elemen pedas yang maskulin.
Impian seorang lelaki bermula dengan first impression yang segar dan bertenaga. Kombinasi epal, limau gedang, dan halia memberikan aura ‘alpha male’ yang memikat.
Nota Tengah (Heart Notes)
- Lavender – Memberikan ketenangan dan keyakinan.
- Sage – Herba dengan aroma ‘green’ yang meningkatkan sifat maskulin.
- Geranium – Floral yang mengekalkan karakter lelaki yang sophisticated.
Selepas 30 minit, Figure 09 berkembang kepada aroma yang lebih elegan dan mewah. Lavender dan sage membentuk keperibadian tenang, berkeyakinan tinggi, serta seorang pemimpin yang dihormati.
Nota Asas (Base Notes)
- Tonka Bean – Sedikit manis seperti vanila, memberikan karakter yang hangat.
- Cedarwood – Aroma kayu yang maskulin dan klasik.
- Olibanum – Sentuhan resin yang membawa elemen eksotik dan mendalam.
- Patchouli – Haruman earthy yang memberikan kesan maskulin yang kuat.
Saat akhir haruman ini adalah gabungan elegan antara kayu, rempah, dan sedikit kemanisan tonka bean yang membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mendekati anda.
Kelebihan Figure 09 by House of Amar
1. Projeksi (Projection)
Hebat – Haruman yang boleh dikesan dalam radius 2-3 meter.
2. Sillage (Jejak Wangian)
Kuat – Meninggalkan jejak aroma di mana sahaja anda pergi.
3. Versatil Untuk Semua Situasi
Boleh dipakai ke tempat kerja, acara formal, mahupun aktiviti santai.
4. Ketahanan 6-8 Jam
Tdak perlu sentiasa menyembur minyak wangi. Hanya 2-3 semburan sudah mencukupi.
5. Alternatif Berkualiti Untuk Wangian High-End
Dengan harga mampu milik , anda tidak perlu berbelanja lebih untuk minyak wangi berkualiti.
House of Amar – Nama Besar Dalam Industri Wangian Malaysia
Bagi mereka yang masih belum mengenali House of Amar, jenama ini adalah salah satu peneraju utama dalam dunia wangian tempatan. Dengan lebih daripada 2 juta botol minyak wangi terjual sejak 2021, House of Amar telah membina reputasi sebagai pengeluar minyak wangi berkualiti tinggi yang berpatutan.
✨ Dikenali dalam FRAGASIA sebagai jenama wangian Malaysia yang berkembang pesat.✨ 20+ Extrait de Parfum untuk lelaki & wanita.✨ Jenama tempatan terbaik di Fragrance Festival Malaysia 2025.
Tak percaya? Datang sendiri ke butik House of Amar dan cuba semburkan minyak wangi ini dan nilai sendiri apa yang kami tulis dalam artikel ini.
Cara Menggunakan Minyak Wangi Untuk Ketahanan Maksimum
Bukan semua orang tahu cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi agar baunya tahan lebih lama. Berikut adalah beberapa tips penting:
✅ Semburkan pada pakaian – Wangian juga melekat lebih lama pada fabrik.
✅ Jangan gosok minyak wangi – Biarkan ia meresap sendiri ke dalam kulit.
✅ Gunakan selepas mandi – Kulit yang lembap akan mengekalkan aroma lebih lama.
✅ Titik nadi – Leher, belakang telinga, pergelangan tangan, siku dalam, belakang lutut.
| "A perfume is no less than a way of letting people build an image of you."
Kesimpulan: Adakah Figure 09 Berbaloi?
Jika anda seorang lelaki yang ingin kelihatan bergaya, berkarisma, dan berkeyakinan, Figure 09 by House of Amar adalah pilihan yang sangat berbaloi. Dengan nota yang eksklusif, ketahanan luar biasa, dan harga mesra poket, ia adalah pelaburan terbaik untuk personaliti dan daya tarikan anda.
Harga adalah RM179 untuk 100ml dengan Diskaun RM30 + Suprise Candy dari House of Amar! Beli Figure 09 by House of Amar hari ini!