Review : Estarossa by House of Amar (Simbol Mewah)

Review : Estarossa by House of Amar (Simbol Mewah)

Bercakap soal mewah, maksud kemeahan sebenarnya bukanlah sekadar memiliki barangan mewah, tetapi tentang bagaimana seseorang menampilkan dirinya. Ada individu yang kehadirannya sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian. Mereka ini tidak perlu bersuara lantang atau bergaya keterlaluan, kerana aura yang dipancarkan sudah cukup memukau. Apa rahsianya? Wangian.

Frame 91

Wangian yang anda pakai bukan sekadar haruman, tetapi cerminan personaliti anda. Estarossa by House of Amar dicipta khas untuk mereka yang berkarisma, berani dan berdaya tarikan misteri—mereka yang memilih kualiti, bukan sekadar ikut trend.

Aroma Estarossa: Kemewahan Dalam Setiap Semburan

Estarossa by House of Amar adalah wangian gourmand boozy yang kaya dan menggoda—gabungan kehangatan oriental vanilla dengan sentuhan kayu yang mendalam. Dalam satu semburan, anda akan merasai sembilan lapisan nota yang memberikan pengalaman olfaktori yang kompleks dan memukau : 

  • Top Note: Cognac – Aroma awal yang memberi kesan hangat dan mewah, ibarat menikmati segelas minuman premium di ruangan eksklusif.
  • Middle Notes: Cinnamon, Tonka Bean, Oak, Hedione – Kombinasi rempah manis dan kayuan yang mencipta karakter wangian yang mendalam dan menggoda.
  • Base Notes: Vanilla, Praline, Sandalwood, Candied Almond – Lapisan terakhir yang memanjangkan ketahanan wangian dengan kemanisan gourmand yang lembut tetapi berkarisma.

Frame 92

Estarossa dihasilkan dalam formulasi Extrait de Parfum, memberikan ketahanan 6 hingga 9 jam dengan projeksi sejauh 3 meter—cukup untuk memastikan anda diingati setiap kali melangkah masuk ke sesuatu ruang.

90% Mirip Angels’ Share by Kilian

8 daripada 10 individu yang mencuba Estarossa mengatakan bahawa ia mempunyai 90% persamaan dengan Angels’ Share by Kilian, salah satu wangian paling terkenal di dunia. Kilian’s Angels’ Share dikenali kerana kehangatan vanilanya yang kaya dengan nota cognac, menjadikannya simbol kemewahan dalam industri wangian.

Frame 109

Dalam komuniti pencinta minyak wangi di Malaysia, Angels’ Share sering menjadi buruan kerana kesukarannya untuk didapati dan harganya yang tinggi.

Harga untuk sebotol Angels' Share by Killians adalah di antara RM990 - RM1,200 untuk 50ML.

Estarossa by House of Amar membawa pengalaman yang hampir sama dengan harga yang lebih mampu milik, tanpa mengorbankan kualiti dan ketahanan.

Extrait de Parfum vs Eau de Parfum: Apa Perbezaannya?

Extrait de Parfum mempunyai kepekatan minyak wangi yang lebih tinggi berbanding Eau de Parfum (EDP), menjadikannya lebih tahan lama dan berkesan dalam memberikan karakter wangian yang lebih mendalam.

jenis wangian

  • Extrait de Parfum 

  1. 20-40% minyak pati
  2. Bertahan sehingga 9 jam dengan projeksi 3 meter
  3. Memerlukan hanya 2-3 semburan untuk kesan maksimum
  • Eau de Parfum (EDP)

  1. 15-20% minyak pati
  2. Bertahan sekitar 4-5 jam
  3. Memerlukan lebih banyak semburan untuk efek yang sama

Majoriti pengguna Estarossa memilih Extrait de Parfum 100ml kerana kebanyakan wangian dengan kapasiti ini di pasaran adalah dalam bentuk EDP atau Eau de Toilette (EDT), yang memerlukan lebih banyak semburan untuk ketahanan yang sama.

| "Nothing brings to life again a forgotten memory like fragrance."Christopher Poindexter


Frame 95

Kegunaan Estarossa by House of Amar

Untuk pengetahuan anda, wangian ini sesuai untuk mereka yang ingin menonjolkan gaya hidup mewah, misteri dan karismatik. Ia boleh dipakai untuk : 

  • Majlis eksklusif – Acara malam, dinner, atau mesyuarat penting.
  • Harian – Cukup versatil untuk ke tempat kerja atau bersantai di hujung minggu.
  • Outdoor & Indoor – Projektion & ketahanan yang tinggi menjadikannya sesuai dengan cuaca Malaysia.

Cara Pakai Minyak Wangi Ini

Sebagai tips tambahan, anda akan dapat ketahanan maksimum dengan cara semburkan di : 

  • Leher & belakang telinga – Untuk kesan yang lebih dekat dengan orang di sekeliling.
  • Dalam siku & pergelangan tangan – Membantu penyebaran bau sepanjang hari.
  • Belakang lutut & buku lali – Sesuai untuk memastikan wangian menyelubungi seluruh tubuh.

Frame 94

| "A perfume is an invisible dress, an olfactory signature."Serge Lutens

House of Amar: Pengeluar Dupe Terbaik Malaysia

Sejak 2021, House of Amar telah menjual lebih 2 juta botol wangian dan menjadi salah satu dari lokal perfume brand yang paling popular bukan sahaja di Malaysia bahkan di SIngapura, Indonesia dan Brunei. 

Ini belum termasuk dengan peminat tegar minyak wangi dengan bau-bauan lokal Malaysia dari benua Eropah dan Amerika. Untuk info, House of Amar : 

  • Salah satu brand lokal di Fragrance Festival Malaysia 2025.
  • Tersenarai dalam FRAGASIA sebagai jenama wangian Malaysia.
  • Menghasilkan sendiri 20+ koleksi Extrait de Parfum untuk lelaki & wanita.

minyak wangi house of amar

Dengan harga minyak wangi yang semakin meningkat antara 5%-15% setiap tahun, House of Amar memastikan rakyat Malaysia masih boleh menikmati wangian berkualiti dengan harga lebih mampu milik. Selain itu, setiap formula wangian HOA direka khas untuk iklim Malaysia.

Tahukah anda? 40% minyak wangi di pasaran sebenarnya tidak sesuai dengan cuaca lembap tropika, menyebabkan bau peluh bercampur dan tidak menyenangkan. House of Amar mengatasi masalah ini dengan R&D intensif dan pengilangan sendiri di Klang, Selangor.

HOA

Tak percaya? Anda dijemput ke butik House of Amar dan cuba semburkan mana-mana minyak wangi dari koleksi HOA Exclusive dan nilai sendiri apa yang kami tulis dalam artikel ini. 

Kesimpulan: Kemewahan yang Mampu Dimiliki

Estarossa by House of Amar bukan sekadar wangian—ia adalah satu penyata yang jelas dalam gaya hidup yang anda boleh miliki. Dengan hanya RM169 untuk 100ml Extrait de Parfum, anda akan mendapatkan pengalaman wangian yang tahan lama dan penuh karakter.

Tambahan pula, pembelian sekarang melayakkan anda untuk diskaun RM30 serta hadiah eksklusif (Suprise Candy) daripada House of Amar! Klik imej di bawah untuk beli Estarossa anda sekarang!

14666440


Related products