Apabila bercakap tentang wangian maskulin, Escanor by House of Amar tidak boleh diketepikan. Setiap produk keluaran House of Amar menggunakan Extrait de Parfum, bukan Eau de Parfum seperti kebanyakan jenama lain.
Apa bezanya? Jom kita teroka keunikan Extrait de Parfum dan mengapa pilihan ini menjadikan Escanor sebagai pilihan terbaik untuk lelaki di Malaysia.
Apa Itu Extrait de Parfum Berbanding Eau de Parfum?
Extrait de Parfum mengandungi kepekatan minyak pati wangian antara 20% hingga 30%, jauh lebih tinggi berbanding Eau de Parfum yang hanya sekitar 15% hingga 20%.
Kepekatan ini memberikan aroma yang lebih tahan lama, hanya memerlukan semburan yang sedikit untuk mendapatkan bau yang kuat dan mantap sepanjang hari.
Kenapa saiznya hanya 100ml? Oleh kerana kepekatannya yang tinggi, sebotol Extrait de Parfum boleh bertahan sehingga 6 bulan atau lebih, walaupun digunakan setiap hari.
Sebagai perbandingan, Eau de Parfum biasanya memerlukan lebih banyak semburan untuk memberikan impak yang sama.
| "Minyak wangi yang dipakai seorang lelaki adalah gambaran terbesar dirinya berbanding tulisannya." - Mehmed Aezhad
Kegunaan Escanor by House of Amar
Escanor adalah wangian yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi — sama ada untuk majlis formal, mesyuarat penting, atau sekadar bersantai di rumah. Aromanya yang hangat dan maskulin memberikan keyakinan kepada si pemakai tanpa berlebihan.
Kelebihan Escanor by House of Amar
Aroma Tahan Lama
Extrait de Parfum ini mampu bertahan antara 5 hingga 9 jam bergantung kepada aktiviti dan keadaan cuaca.
Sesuai untuk Iklim Malaysia
Wangian ini dicipta khusus untuk menyesuaikan diri dengan iklim kering dan lembap di Malaysia.
Nota yang Pelbagai
Campuran unik lavender, mint, vanilla, dan madu menghasilkan aroma kompleks yang memukau khususnya golongan wanita.
SPL Level
Escanor mempunyai tahap SPL (Sillage, Projection, Longevity) yang sederhana, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian tanpa mengganggu orang sekeliling.
Notes
Escanor by House of Amar menawarkan gabungan nota wangian yang kompleks dan memikat:
Top Notes: Lavender dan Mint
Kombinasi lavender yang menyegarkan dan mint yang segar memberikan aroma pembukaan yang ceria dan energetik. Lavender terkenal dengan keupayaannya untuk menenangkan fikiran, manakala mint menambah elemen kesejukan yang membangkitkan semangat.
Middle Notes: Vanilla dan Benzoin
Nota tengah wangian ini membawa kehangatan dan kemanisan. Vanilla memberikan aroma yang lembut tetapi menggoda, manakala benzoin menambah dimensi resin yang kaya dan sedikit berasap, mencipta keseimbangan antara kelembutan dan intensiti.
Base Notes: Honey, Tonka Bean, dan Tobacco
Nota asas yang berat dan memikat ini memberikan daya tarikan maskulin yang mendalam. Honey menambah sentuhan manis yang hangat, tonka bean memberikan aroma kacang berkrim dengan sedikit vanila, manakala tobacco membawa elemen maskulin yang berani dan intens.
Gabungan nota-nota ini menjadikan Escanor wangian yang dinamik dan serba boleh, sesuai untuk pelbagai suasana dan acara.
Ketahanan Escanor by House of Amar
Ketahanan wangian ini adalah salah satu faktor utama kenapa ia digemari. Dengan hanya satu hingga dua semburan, aroma Escanor boleh bertahan sehingga 9 jam.
Sesuai untuk mereka yang mencari wangian yang kekal sepanjang hari tanpa perlu semburan tambahan.
Inspirasi Escanor by House of Amar
Escanor adalah dupe kepada Le Male Elixir oleh Jean Paul Gaultier dengan 90% persamaan dari segi accord dan nota yang digunakan.
Wangian ini juga direka khas untuk sesuai dengan iklim Malaysia yang kering dan lembap, menjadikannya pilihan yang bijak untuk peminat wangian tempatan.
"A fragrance is like a signature, so it's important to find one that truly represents you." – Aerin Lauder
Dengan harga hanya RM169, Escanor by House of Amar menawarkan wangian maskulin yang lengkap dengan 8 nota berbeza dan mampu bertahan antara 5 hingga 9 jam. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ini adalah salah satu wangian terbaik di Malaysia.
Dapatkan Escanor secara online dan nikmati diskaun RM30 serta hadiah percuma (Suprise Candy) eksklusif dari House of Amar. Klik di sini untuk membuat pembelian sekarang!