Bayangkan wangian yang meraikan kelembutan dan sifat feminin wanita dalam satu haruman yang sempurna. Itulah yang ditawarkan oleh Dewi by House of Amar — satu gabungan keanggunan dan pesona untuk wanita yang mahu tampil memikat dalam aktiviti formal mahupun santai.
Lebih istimewa, setiap produk daripada House of Amar menggunakan Extrait de Parfum dan bukan Eau de Parfum biasa. Apa bezanya?
Extrait de Parfum adalah versi pekat dengan kandungan minyak wangi yang lebih tinggi, memberikan ketahanan bau yang lebih lama dan keharuman yang lebih mendalam.
Walaupun kapasiti Dewi hanyalah 100ml, ketahanannya sebenarnya luar dari biasa! Tahukah anda, 100ml Extrait de Parfum mampu bertahan sehingga 6 bulan atau lebih, bergantung kepada penggunaan harian.
Dengan kepekatan kosentrasi dan ketahanan ini, perfume Dewi adalah perfume yang anda perlukan setiap hari.
Kelebihan Extrait de Parfum
Mengapa memilih Extrait de Parfum sebagai wangian harian? Satu contoh mudah: Bayangkan menghadiri majlis makan malam yang panjang — wangian ini tetap setia menemani hingga ke penghujung acara tanpa perlu semburan tambahan.
Kekuatan Extrait de Parfum menjadikan ia pilihan utama untuk wanita yang mahukan keharuman berpanjangan.
“Wangian adalah bentuk identiti yang paling tulen.” - Kilian Hennessy
Kegunaan Dewi by House of Amar
Wangian ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai situasi — daripada mesyuarat pejabat yang formal hingga keluar bersantai bersama rakan. Karakter lembut dan memikat Dewi menjadikannya fleksibel sebagai wangian harian.
Kelebihan Dewi by House of Amar
1. Tahan 24 Jam
Dewi by House of Amar menggunakan Extrait de Parfum dengan ketahanan bau lebih lama yaqni 24 jam berbanding Eau de Parfum yang bertahan maksimum 6 jam - 8 jam.
2. Reka Bentuk Elegan
Rekaan botol Dewi yang elegan jelas mencerminkan kehalusan dan kecantikan wangian ini. Mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan berbentuk petak.
3. Sesuai Dengan Cuaca di Malaysia
Untuk info, Dewi mempunyai haruman manis yang tidak terlalu tajam, sesuai untuk cuaca kering dan lembap seperti di Malaysia.
SPL Level
SPL (Sillage, Projection, Longevity) Dewi berada pada tahap sederhana — cukup kuat untuk meninggalkan kesan tanpa terlalu mendominasi suasana sekeliling anda.
Notes Wangian Dewi by House of Amar
Top Notes
Vanilla, Lavender, Cacao, Ginger — Bau awal yang menyegarkan dengan sentuhan manis dan pedas.
Middle Notes
Vanilla Caviar — Aroma vanila yang mewah dan mendalam yang menjadi asas kepada bau lembut Dewi by House of Amar.
Base Notes
Vanilla Absolute — Lapisan terakhir yang kaya dan tahan lama, memberikan keharuman lembut yang kekal di kulit anda sepanjang hari.
Ketahanan Dewi by House of Amar
Dengan semburan yang sederhana, wangian ini mampu bertahan minimum 5 hingga 9 jam, menjadikannya pilihan ideal untuk hari yang panjang dan sibuk di luar rumah.
Jika anda berada dalam persekitaran yang sejuk di dalam bangunan (pejabat dsbnya), baunya mampu bertahan sehingga 24 jam.
Inspirasi Dewi by House of Amar
Dewi adalah inspirasi daripada Goddess by Burberry dengan persamaan sehingga 90%. Kedua-dua wangian berkongsi nota dan akord yang serupa, sesuai untuk cuaca kering dan lembap.
“Wangian adalah seni yang menyentuh jiwa.” - Roja Dove
Dengan hanya RM169, Dewi by House of Amar adalah pilihan terbaik bagi wanita di Malaysia yang mahukan wangian tahan lama dan pelbagai lapisan nota yang memikat. Ia mampu bertahan selama 5 hingga 9 jam dengan kombinasi 8 nota unik.
Dapatkan sekarang secara dalam talian dan nikmati diskaun RM30 serta hadiah percuma (gula-gula kejutan) eksklusif dari House of Amar.