4 Cara Pilih Perfume Ikut Jantina & Gaya Hidup (Edisi 2025)

4 Cara Pilih Perfume Ikut Jantina & Gaya Hidup (Edisi 2025)

Adakah anda seorang yang sukakan wangian dan menghadapi kesulitan untuk cara pilih perfume yang betul berdasarkan tempat, jantina, jenis perfume dan gaya hidup?

Tenang, 10 dari 100 pelanggan kami di butik House of Amar, Alam Impian turut menghadapi masalah yang sama. Untuk rekod, majoriti pembeli perfume sebenarnya tidak pasti atau kurang pasti dengan perfume yang sesuai dengan aktiviti harian, personaliti dan karakter mereka. 

Masalah ini semakin rumit buat wanita dengan gaya hidup aktif, tetapi bekerja di pejabat dan ingin bau yang mesra untuk semua. 

Disebabkan itu, kami kongsikan kompilasi tips & strategi cara pilih perfume merangkumi : 

  1. Persekitaran
  2. Jantina
  3. Kategori 
  4. Gaya Hidup 

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis supaya anda tahu pelaburan perfume yang seterusnya harus menjurus kepada perfume jenis apa. Atau sekurang-kurangnya, anda mendapat ilmu baru yang bermanfaat. 

Cara Pilih Perfume Ikut Persekitaran

cara pilih perfume

Di dunia ini, akan ada masa di mana anda berada dalam situasi yang memerlukan anda berada di dalam bangunan (indoor) dan berada di luar kawasan (outdoor). 

Untuk info, kedua-dua persekitaran ini memerlukan anda menggunakan jenis perfume yang berbeza mengikut keperluan persekitaran anda. 

Indoor

Jika anda berada di dalam bangunan atau dalam bahasa lain indoor, anda disarankan menggunakan perfume yang mempunyai base note manis. Hal ini kerana, bau manis menyebabkan orang di sekitar lebih mudah mendekati anda dan bau itu sendiri memberikan aura positif kepada anda. 

Outdoor

Jika anda berada di luar bangunan/kawasan (outdoor), anda disarankan menggunakan perfume dengan bau yang kuat dan segar. Hal ini kerana, kita berada di Malaysia yang mengalami cuaca panas dan lembap sehingga 80% sepanjang tahun. 

Perfume jenis strong & fresh mampu menghilangkan bau peluh dan bau busuk yang barangkali melekat pada pakaian dan tubuh badan anda. 

Cara Pilih Perfume Mengikut Jantina

cara pilih perfume (1)

Perfume untuk lelaki dan wanita sebenarnya berbeza sungguhpun terdapat perfume jenis uniseks di pasaran. Rujuk detail di bawah. 

Lelaki 

Perfume yang sesuai untuk lelaki lazimnya adalah perfume jenis yang berlawanan dengan bau anda sendiri. Jika anda seorang perokok, anda perlu gunakan perfume yang mampu mengurangkan bau rokok tersebut. 

Wanita

Sifat wanita lazimnya sukakan bau perfume yang berbeza dengan orang lain. Lebih lain bau perfume itu, wanita lebih sukakan bau tersebut. Sebaiknya, elakkan memakai perfume yang baunya terlalu manis dan tajam menusuk hidung. 

Cara Pilih Perfume Mengikut Kategori 

  • Floral - Mesra dengan semua tempat, persekitaran & keadaan
  • Woody - Bau lelaki (alpha) lazimnya dipakai pemerintah/pemilik bisnes
  • Spicy - Sesuai untuk lelaki dan perempuan dengan gaya hidup aktif
  • Fresh - Sesuai untuk lelaki dan perempuan dengan gaya hidup aktif
  • Musky - Sesuai untuk aktiviti harian, bekerja dan majlis formal 
  • Sweet - Tepat untuk dating, majlis rasmi dan aktiviti harian 

Cara Pilih Perfume Mengikut Gaya Hidup 

cara pilih perfume (2)

Jika anda seorang dengan gaya hidup aktif, nota bau yang paling tepat dengan anda adalah jenis segar, citrus dan woody. 

Jika anda seorang dengan gaya hidup bekerja di pejabat, nota bau yang paling tepat dengan anda adalah lembut dan floral. 

Ingin beli minyak wangi yang sesuai dengan karakter, gaya hidup, jantina dan persekitaran anda? Jom beli perfume terbaik di House of Amar dan dapatkan diskaun sehingga RM40 beserta free gift berupa Suprise Candy dari House of Amar sekarang!

1730102961647