Pernahkah anda terfikir, adakah wujud bau haruman yang tatkala dipakai, mampu melambangkan personaliti dan kredibiliti seseorang?
Jawapan singatnya, ya. Parfum bukan sekadar minyak wangian, tetapi ia adalah sebahagian daripada pernyataan diri. Apatah lagi dengan jenama premium seperti House of Amar yang terkenal dengan penggunaan Extrait de Parfum dalam semua produk mereka, termasuklah Black by House of Amar.
Produk ini bukan sahaja menjanjikan haruman yang luar biasa, tetapi juga kesan ketahanan yang menakjubkan yaqni di antara 5 jam - 9 jam.
| "A perfume is an intimate object, it is the reflector of the heart." – Emmanuel Ungaro
Sebelum kita menyelami lebih dalam tentang apa yang membuatkan Black by House of Amar begitu istimewa, mari kita fahami terlebih dahulu perbezaan antara Extrait de Parfum dan Eau de Parfum yang sering dikaitkan dengan wangian.
Extrait de Parfum vs Eau de Parfum
Ramai yang tidak faham akan perbezaan besar di antara Extrait de Parfum dan Eau de Parfum. Extrait de Parfum, juga dikenali sebagai parfum tulen.
Extrait de Parfum mengandungi peratusan minyak wangi yang lebih tinggi, antara 20% hingga 40%, menjadikannya lebih pekat dan tahan lama berbanding Eau de Parfum, yang mengandungi sekitar 15% hingga 20% minyak wangi.
Oleh sebab itulah, Black by House of Amar hadir dalam saiz 50ml, berbeza dengan banyak parfum lain yang sering dijual dalam saiz yang lebih besar. Ini kerana Extrait de Parfum lebih pekat dan anda tidak memerlukan banyak semburan untuk menikmati haruman yang tahan lama sepanjang hari.
Anda boleh rujuk inforgrafik di bawah untuk faham tentang jenis-jenis wangian beserta perbezaannya.
| "A man’s scent is a reflection of his personality and his mood." – Fragrantica
Kegunaan Black by House of Amar
Black by House of Amar adalah pilihan yang tepat untuk lelaki yang mengutamakan kesempurnaan dalam setiap aspek kehidupan.
Parfum ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai situasi, tetapi ia lebih disyorkan untuk kegunaan di dalam ruangan. Sama ada di pejabat, makan malam, atau majlis sosial, haruman ini pasti akan menarik perhatian tanpa melampaui batas.
Kelebihan Black by House of Amar
Kelebihan utama Black by House of Amar adalah ketahanannya yang luar biasa. Sebagai Extrait de Parfum, ia mampu bertahan lebih lama berbanding parfum biasa.
Dengan harga yang berpatutan, RM129 untuk 50ml, ia memberikan nilai yang sangat baik untuk wang anda. Setiap semburan membawa pengalaman wangian yang kompleks, memberikan anda keyakinan yang tidak dapat disangkal.
SPL Level
SPL (Sillage Power Level) bagi Black by House of Amar adalah di tahap Above Average. Ini bermakna haruman ini akan meninggalkan jejak yang cukup kuat untuk membuat orang di sekeliling anda dapat menghidu bau wangiannya, tanpa ia terlalu mengganggu.
Notes
Top Notes: Lemon, Bergamot
Top notes ini memberikan kesegaran yang menyegarkan, memberikan impak awal yang kuat dengan gabungan lemon dan bergamot yang penuh dengan keasidan dan kejelasan.
Middle Notes: Star Anise, Olive Blossom, Guaiac Wood
Di tengahnya, haruman semakin mendalam dengan aroma anise bintang yang berperisa rempah, dihiasi dengan sentuhan bunga zaitun dan kayu guaiac yang memberi kelembutan.
Base Notes: Tonka Beans, Leather, Tobacco
Pada akhir haruman, kita dihidangkan dengan notes yang lebih maskulin – tonka beans, kulit, dan tembakau yang memberi kehangatan dan kedalaman kepada wangian ini, menyempurnakan keseluruhan pengalaman.
Ketahanan Black by House of Amar
Salah satu perkara yang paling mengagumkan mengenai Black by House of Amar adalah ketahanannya. Dengan Extrait de Parfum, haruman ini mampu bertahan antara 5 hingga 9 jam.
Ini membolehkan anda menjalani aktiviti harian tanpa perlu risau tentang bau yang hilang begitu sahaja. Ia bukan sahaja tahan lama, tetapi juga tidak perlu banyak semburan – hanya sedikit sudah cukup.
| "Perfume is the most intense form of memory." – Fragrantica
Black by House of Amar adalah pilihan yang sangat baik untuk mereka yang mencari parfum lelaki dengan nilai yang tinggi.
Dengan harga hanya RM129, anda mendapat Extrait de Parfum yang mengandungi 8 notes berbeza, dan ketahanan yang menakjubkan antara 5 hingga 9 jam.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki wangian ini yang pasti akan menjadikan anda lebih berkarisma dan memikat. Selain itu, dapatkan diskaun RM30 dan hadiah percuma (Suprise Candy) eksklusif dari House of Amar!
Jangan tunggu lagi, dapatkan Black by House of Amar sekarang dan rasai sendiri keistimewaan yang ditawarkannya.