Review : Aphrodisiac by House of Amar (Cinta Yang Mendalam)

Review : Aphrodisiac by House of Amar (Cinta Yang Mendalam)

Bayangkan gabungan harum rempah dan manis yang mendalam. Dari saffron yang kaya, epal hijau yang segar, hingga patchouli dan tembakau yang hangat — begitulah pengalaman wangi yang ditawarkan oleh Aphrodisiac by House of Amar.

Untuk info, kepelbagaian bau yang kompleks dalam Extrait de Parfum 50ml ini mampu bertahan sehingga 9 jam setiap kali penggunaan.

Wangian ini sering menjadi pilihan individu yang mempunyai karakter kuat, empati tinggi, keyakinan diri yang mantap, serta visi hidup yang jelas.

Tetapi sebelum kita menyelami lebih dalam tentang keistimewaan Aphrodisiac, mari fahami perbezaan antara Extrait de Parfum dan Eau de Parfum.

Extrait de Parfum vs Eau de Parfum

Isunya, kenapa saiz botol Extrait de Parfum hanya 50ml? Jawapannya terletak pada kepekatan minyak wangian yang tinggi, menjadikannya lebih tahan lama berbanding Eau de Parfum (EDP).

jenis wangian

Dengan hanya beberapa semburan, Extrait de Parfum mampu bertahan sepanjang hari.

Sebagai contoh, botol 50ml Extrait de Parfum seperti Aphrodisiac boleh bertahan sehingga 6 bulan atau setahun bergantung kepada kekerapan penggunaan.

Sebaliknya, botol 105ml EDP memerlukan semburan yang lebih kerap dan cepat habis.

"Wangian yang indah bukan sahaja berkata-kata dalam hati, sebaliknya masuk ke dalam hati orang lain." - Elizabeth Taylor

Kegunaan Aphrodisiac by House of Amar

Aphrodisiac bukan sekadar wangian biasa; ia adalah simbol daya tarikan dan keyakinan diri. Haruman ini sesuai untuk dipakai pada waktu siang mahupun malam, sama ada di tempat kerja atau acara santai.

Wangian yang kaya dan mendalam ini juga sempurna untuk mencipta suasana romantik di antara anda dan pasangan anda. 

Kelebihan Aphrodisiac by House of Amar

aphrodisiac house of amar (2)

1. Ketahanan Lama

Aphrodisiac mampu bertahan sehingga 9 jam, sesuai untuk anda yang mempunyai gaya hidup yang sibuk sepanjang masa. 

2. Kombinasi Nota yang Unik

Gabungan rempah dan manis yang memberikan keseimbangan sempurna kepada pemakai menjadikannya sangat unik jauh berbeza berbanding perfume yang 'manis semata'. 

3. Serbaguna

Anda silap jika menyangka Aphrodisiac hanya sesuai untuk lelaki maskulin. Perfume ini sesuai dipakai wanita yang feminin tanpa mengira usia. 

SPL (Sillage, Projection, Longevity) Level

Dengan tahap SPL yang di atas purata, Aphrodisiac memberikan jejak wangian yang mempesona tanpa berlebihan. Wangian ini mudah menarik perhatian tetapi tetap elegan.

Notes Aphrodisiac by House of Amar

aphrodisiac house of amar (1)

Top Notes

Cinnamon, Agarwood (oud), Incense, Saffron, Nutmeg, Green Apple, White Pear.

Middle Notes

Patchouli, Jasmine - Mencipta haruman unik yang menggabungkan kehangatan berbau bumi dengan kemanisan floral yang mewah dan sofistikated.

Base Notes

Tobacco, Madagascar Vanilla, Amber, Sandalwood, Guaiac Wood, White Musk, Haitian Vetiver.

Ketahanan Aphrodisiac by House of Amar

Kekuatan wangian ini terletak pada kepekatan minyak yang tinggi, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari wangian tahan lama. Setiap semburan memberikan pengalaman harum yang berpanjangan, membawa anda melalui hari dengan keyakinan.

Aphrodisiac adalah wangian yang kuat dengan gabungan manis dan rempah, menjadikannya sempurna untuk memberikan sentuhan segar dalam hidup anda.

"Wangian yang kita pakai adalah memori terhadap kita oleh orang lain." - Pierre Guillaume

Aphrodisiac by House of Amar adalah antara wangian terbaik di Malaysia yang menawarkan kombinasi wangi manis dan rempah dengan hanya RM129. Dengan 14 nota yang berbeza dan kepekatan minyak wangian yang tinggi, ia mampu bertahan sehingga 9 jam.

Dapatkan Extrait de Parfum ini secara dalam talian dan nikmati diskaun RM30 serta hadiah PERCUMA (Surprise Candy) eksklusif daripada House of Amar.

perfume house of amar